PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 iaitu bagi tempoh 4 hingga 10 Feb lepas berbanding 3,969 kes pada minggu sebelumnya, dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME06 adalah sebanyak 22,058 kes berbanding 13,094 kes bagi tempoh sama, tahun lepas.
"Terdapat 10 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding sembilan kematian bagi tempoh yang sama pada 2023," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bilangan lokaliti lokasi panas yang dilaporkan pada ME06 adalah sebanyak 199 lokaliti berbanding 180 pada minggu sebelumnya.
Dr Muhammad Radzi berkata daripada 199 lokaliti itu, sebanyak 158 terdapat di Selangor, 18 lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan (10), Perak (enam), masing-masing dua lokaliti di Pulau Pinang dan Kedah, serta Pahang, Johor dan Sabah masing-masing mencatatkan satu lokaliti.
Beliau berkata bagi survelan chikungunya, tiada kes direkodkan pada ME06 dan jumlah kumulatif kes itu sehingga kini ialah tiga kes.
"Berdasarkan trend kes denggi sejak 10 tahun lepas, kes demam denggi pada kebiasaannya akan memuncak pada setiap empat atau lima tahun dan peningkatan ini telah mula dilihat pada 2023 dan dijangka terus meningkat tahun ini," katanya.
Menurut beliau, perubahan cuaca yang tidak menentu di samping peningkatan pergerakan orang ramai terutama pada musim perayaan dan hujung minggu serta cuti sekolah merupakan antara punca peningkatan kes demam denggi di dalam negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
Bilangan lokaliti lokasi panas yang dilaporkan pada ME06 adalah sebanyak 199 lokaliti berbanding 180 pada minggu sebelumnya. - Gambar fail/Bernama
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
2 lagi kes kematian akibat denggi di Johor
Dua kematian akibat denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epid 10/2024 menjadikan jumlah kematian sebanyak tujuh kes dan 1,420 kes denggi dikesan menjadikan kumulatif 3,764 kes.
Kes denggi menurun, empat kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,483 kes pada Minggu Epidemiologi ke-7 (ME07) 2024 iaitu bagi tempoh 11 Feb hingga 17 Feb lepas.
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
Kes denggi menurun pada ME04, tujuh kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME04 ialah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi hingga 16 Dis lepas meningkat 89.3 peratus - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3 peratus iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022.
Kes denggi meningkat di Malaysia
Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 Okt hingga 28 Okt.
Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi di Kelantan meningkat 225 peratus - Dr Zaini
Sebanyak 1,514 kes demam denggi dicatatkan di Kelantan bermula Januari hingga 12 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 225 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi meningkat 4.7 peratus, dua kematian dilapor
Jumlah kes demam denggi meningkat 4.7 peratus kepada 2,542 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME31) iaitu bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos, berbanding 2,427 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.